Monday 2 March 2020

Pengalaman cabut gigi dan scaling

Aku seorang yang sangat takut jumpa doktor gigi dari kecil sampaila sekarang ni anak sorang pun takut lagi.

1st time aku jumpa doktor buat scaling atas kerelaan hati sendiri waktu umur aku 24 tahun. Waktu tu pun aku mintak ayah aku teman sampai bilik doktor. Itu level penakut aku okay.. Hahaha..

Waktu aku mengandung ade check gigi and doktor suruh buat scaling dan sudah semestinya aku tak buat sebab na mencari keberanian dulu.. Rilex je la kononya.. na dijadikan cerita waktu kandungan aku masuk 8 bulan gigi tampal aku pecah.. aku cuak giler la takut sakit. Na tak nak kene jumpa doktor jugak ni.. Laki aku cakap "tak pe, die pun da biase da serpih tu, xde ape la". Aku pun biar jela.. tak sakit lagi.

Tiba masanya aku kene emergency labour.. anak aku na keluar jugak sebelum merdeka.. waktu dalam pantang minggu kedua x silap.. aku sakit gigi sangat.. na makan sakit, na minum sakit, semua la sakit.. aku decide na cabut tapi doktor x bagi cabut dan bagi ubat sahaja.. die cakap datang balik lepas habis pantang.

Amazingly ubat tu sangat berkesan dan memang tak sakit da gigi aku ni.. Lepas pantang, walaupun tak sakit aku kene jugak pergi cabut gigi. tak da masa da na cari keberanian, sekarang atau nanti kena cabut jugak kan.. sebelum die sakit balik baik pergi je.. Level penakut aku masih sama.. Aku mintak laki aku teman sampai dalam bilik operation doktor gigi.. hahaha.. Laki aku cakap doktor tu geleng kepala sebab die da cucuk ubat bius 3 kali pun aku still rasa.. Perasaan takut je sebenarnya tu.. huhuhu.. Rasa dia sakit ke tak? mesti na tau kan apa perasaan aku masa cbut gigi tu kan.. jawapanya tak sakit.. senang je die cabut.. sekejap sangat.. rase la sikit die goyang and sentap cabut tu tp tak sakit.. tunggu bius 3 kali tu je yang lama.

Lepas tu aku dengan rela hati sekali lagi na scaling pulak.. Dulu prinsip aku 'mencari keberanian dulu' tapi sekarang prinsip aku 'sekarang ke nanti kene buat jugak'.. Pergi la sekali lagi selepas 3 bulan na buat scaling. Aku masuk seorang je bilik doktor tu sebab laki aku na jaga baby.. dulu waktu cabut mak mertua aku ada bolehla laki aku teman sampai dalam bilik doktor. Scaling ni x sakit pun sebenarnya.. dulu takut je lebih. Lepas scaling rasa bersih gigi. Sangat recommended. Next 6 months aku akan pergi scaling lagi.

Okay sampai sini je pengalaman aku. Good luck guys..