Tuesday 25 February 2014

Teh Hijau ubat kurus ke??

Teh hijau sebenarnya dapat mensimulasikan pengurangan berat badan, membantu dalam pembakaran kalori dan mengurangkan lemak dalam badan. Mungkin kesannya mengambil masa yang agak lama tetapi ok jugak la kan bagi yang tidak mempunyai bajet tinggi beli makanan kesihatan untuk kuruskan badan tu. klu minum macam tu je pun tak jadi ok, kene la rajin exercise.

Urus Masa Secara Efektif

Susun jadual kerja
Dahulukan kerja yang lebih penting

Tumpukan perhatian 
Jangan melakukan banyak hal sekali gus, Tumpukan pada satu hal dahulu

Waktu rehat  
Rehat jika penat. Jangan paksa diri tu.

Jauhkan suasana berkecamuk
Meja hendaklah sentiasa tersusun dan tidak berserabut. Amalan seperti ini juga dikenali sebagai 5s

Jangan Tangguh kerja
Jangan tunda kerja sampai berlambak2 kat atas meja. cari nahas dengan diri sendiri namanya tu.



* Notes
   Sibuk mane pun kita dengan kerja, jangan kita lupa tangguggjawab kita terhadap agama dan keluarga. Luangkan masa untuk beribadah dan luangkan masa berharga dengan keluarga. Kerjalah macam kita ni na hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seperti kita ni na mati esok hari. Kita manusia biasa dan kita tidak mungkin akan hidup selama-lamanya.


Demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-'Asr)


Saturday 8 February 2014

Nabi Nuh ( Banjir Besar )

Nuh diutus Allah menyampaikan risalah kepada kaumnya ketika mereka sudah berpaling menyembah patung dan berbuat kekhufuran serta kezaliman di muka bumi.
Nuh berkata kepada kaumnya, "sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa adzab hari yang sangat menyedihkan".

Kaum Nabi Nuh tetap tidak mahu menghiraukan nasihat dan mengingkari kenabiaan Nuh.
Pemimpin-pemimpin yang kafir itu berkata, "Kami tidak melihat kamu, melainkan seorang manusia seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya sahaja dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang dusta."

Perkataan dan nasihat Nabi Nuh tidak berbekas di dalam hati kaumnya bahkan mereka membantah. Mereka meminta Nuh datangkanlah adzab kepada mereka jika beliau termasuk orang-orang yang benar. Sesudah Nabi Nuh menemui jalan buntu dalam menghadapi kaumnya ia mengadukan penentangan itu kepada Allah. Nabi Nuh tidak berputus asa dan tetap meneruskan dahwahnya dengan memperlihatkan mereka kepada kekuasaan Allah yang ada di angkasaraya ini.

Setelah Nuh mengerahkan segala kemampuannya dalam memberi petunjuk kepada kaumnya, ternyata mengalami jalan buntu. Nuh berdoa kepada Allah agar melenyapkan semua orang kafir dari permukaan bumi ini, tidak seorang pun yang perlu ditinggalkan. Allah mengabulkan doa Nabi Nuh dan memerintahkannya membina bahtera (kapal). mulailah Nuh membuat bahtera dan setiap kali pemimpin kafir itu melewatinya, mereka mengejeknya kerana membuat bahtera.

Setelah selesai Nuh membuat bahtera, tampaklah tanda-tanda akan datangnya adzab, iaitu pancaran air dari tanah. Allah memerintahkan Nuh mengumpulkan semua jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan masing-masing satu pasang (jantan dan betina) untuk dibawa di dalam bahtera.

Allah menurunkan hujan yang sangat lebat yang belum pernah terjadi sebelumnya di dunia ini dan memerintahkan bumi memancarkan air dari segala penjuru. Di dalam banjir besar itu tidak ada seorang pun orang kafir yang terselamat termasuklah isteri dan anak Nabi Nuh yang ingkar dengan dakwah yang dibawanya. 

Pada permulaan datangnya banjir, Nuh telah mengingatkan anaknya sebagai tanda kasih sayang seorang ayah kepada anaknya tetapi anak itu tetap menjauhkan diri mereka akibat kekufuran mereka sendiri. Timbul belas kasihan di dalam hati Nuh terhadap anaknya dan segera beliau meminta  Allah menyelamatkannya. 
Lalu Allah berfirman, "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesunggunya (perbutan)nya perbuatan yang tidak baik. sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu kamu tidak mengetahui (hakikatnya)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu, supaya kamu jangan termasukorang-orang yang tidak mengetahui".
Nuh menyesali perbuatannya dan Nuh berkata,"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau dari sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi".

Setelah semua orang kafir hancur akibat banjir besar, Allah memerintahkan bumi untuk menelan air bah itu dan memerintahkan langit berhenti menurunkan hujan. Lennyaplah air bah dari permukaan bumi dan terdamparlah bahtera Nabi Nuh di atas gunung Al-Juud (Bukit Judi).

Nabi Idris

Tidak banyak keterangan berkenaan Nabi Idris di dalam Al-Quran. Berdasarkan ringkasan dari beberapa Ulama' tentang Nabi Idris ini, ternyata beliau adalah orang pertama menerima wahyu dari malaikat Jibril untuk memberi petunjuk kepada keturunan Adam agar bertaubat kepada Allah. dan dipercayai juga sebagai keturunan pertama dikurniaakan kenabian.

Al-Quran memperlihattkan Nabi Idris sebagai seorang yang mempunyai sifat sabar. benar, dan martabat yang tinggi.

Qabil dan Habil

Qabil dan Habil keduanya adalah putera Adam. Mereka dilahirka kembar secara berpasangan. Qabil bersama kembar perempuannya dan Habil bersama kembar perempuannya.Adam kemudian menjodohkan mereka secara bersilang. Qabil bersama kembar Habil dan Habil bersama kembar Qabil. 

Saudari kembar Qabil adalah seorang wanita yang cantik jika dibandingkan dengan kembar Habil. Qabil menolak untuk mengahwini kembar Habil dan mahu mengahwini kembarnya sendiri. 

Adam kemudian memerintahkan kedua-dua anaknya melakukan korban dan korban sesiapa yang diterima oleh Allah akan dijodohkan dengan saudari kembar Qabil yang cantik itu. Allah menerima korban Habil dan Qabil mula berasa dengki dengan Habil.

Oleh sebab perasaan dengki Qabil itu, dia membunbuh saudaranya Habil dan membiarkan sahaja mayat saudaranya itu di atas tanah. Allah kemudian mengutuskan dua ekor gagak, keduanya berkelahi sehingga terbunuhlah salah satunya. Gagak yang masih hidup itu menggali tanah dan dilemparkan gagak yang mati tadi ke dalam lubang kemudian ditimbun dengan tanah.

Qabil memerhatikan perlakuan gagak tadi dan membuat perkara yang sama terhadap saudaranya. Qabil menyesal atas perbuatannya dan merasakan dirinya kalah dengan seekor gagak yang lebih menghormati gagak yang lain.

Penciptaan Adam dan Hawa

Sebelum Allah menciptakan Adam, Allah mengkhabarkan kepada para malaikat bahawa Allah akan menciptakan Adam dan keturunannya sebagai khalifah di bumi. 
Malaikat kemudian berkata, "Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau".
Allah berfirman, " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

Setelah menciptakan Adam, Allah mengajarnya nama-nama segala sesuatu dan menunjukkan malaikat bahawa Adam mempunyai lebih banyak ilmu pengetahuan dari mereka.

Kemudian, seluruh malaikat sujud (menghormati/memuliakan) kepada Adam dan mematuhi perintah Allah menjadikan Adam sebagai khalifah di bumi tetapi iblis yang sombong lagi keras kepala tidak mahu sujud terhadap Adam kerana berpendapat mereka lebih baik dari Adam yang diciptakan dari tanah sedangkan mereka dari api. Allah mengusir iblis keluar dari syurga dengan keadaan yang amat terhina. Iblis bersumpah bahawa akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang lurus kecuali yang Allah lindungi. (Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dari Iblis yang terkutuk ini).

Tinggallah Adam berseorangan di dalam syurga. justeru iti Allah menciptakan Hawa ketika Adam tidur dari satu tulang rusuk kirinya.Setelah bangun dari tidur Adam mendapati seorang wanita duduk di sebelah kepalanya yang akan menjadi teman buatnya di syurga.

Allah membolehkan mereka bersenang-senang dengan segala yang ada di syurga kecuali satu jenis pohon malah Allah melarang sama sekali mereka mendekatinya. Tipu daya syaitan telah membuatkan Adam dan Hawa mendekati pohon tersebut dan makan buah pohon itu. Ternampkalah aurat masing-masing yang selama ini tertutup. Adam dan Hawa menyesal dengan perbuatan mereka lalu memohon ampun dari Allah. Allah memerintahkan mereka turun ke bumi dan memberitahu mereka bahawa nanti akan ada antara keturunannya akan mengalami permusuhan.

Friday 7 February 2014

Nabi-Nabi Dalam Al-Quran

Currently reading 'Nabi-Nabi Dalam AL-Quran' by Dr.Afif Abdullah
Nabi-Nabi Dalam AL-Quran

Long Walk To Freedom

Recently finished reading Long Walk To Freedom-NELSON MANDELA. 
Long Walk To Freedom -NELSON MANDELA

In this book. Nelson Mandela's guardian once said to him 'A leader, is like a shepherd. He stays behind the flock, letting the most nimble to go on ahead whereupon the others follow,not realizing that all along they are being directed from behind. At the end page of this book. I also admired his saying  'the brave man is not who does not feel afraid, but he who conquers that fear'.

He then finished his writing by saying 'I have walked that long road to freedom. I have tried not to falter; I have mad missteps along the way but I have discovered the secret that after climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb. I have taken a moment here to rest, to steal a view of the glorious vista that surrounds me, to look back on the distance I have come. But I can rest only for a moment, for with freedom come responsibilities, and I dare not linger, for my long walk is not ended'.

All of this saying encourage me a lot as he is a great nation's leader who never lost hope in gaining freedom for his own people and for the next generation to live in peace. Moreover, throughout his life, he gain a lot of experience and how lucky he is to survive during the hardship that happened to him.