Thursday 26 May 2016

SIAPA AKU

Siapa aku untuk menilai.. setiap keburukan mahupun kebaikan yang dilalui setiap orang ada hikmah yang kita tidak nampak.. Bersyukur dengan anugerah Allah tidak kira baik atau buruk.. Mungkin Allah tengah mengajar kita sesuatu.. Kembali kepada Allah.. Hati akan lebih tenang.. 

Ya.. aku pernah alami perkara yang sama.. mungkin perkara yang terjadi itu kelihatan buruk buatku tetapi baik bagi Allah.. Allah mengajarku erti berserah diri.. 

"tak apalah, biarlah orang lain na tinggalkan aku pun, asalkan jangan Allah tinggalkan aku". 

Alhamdulillah dengan rahmat yang Allah berikan..Sungguh tidak ternilai.. 

"Only God (Allah) Can Judge Me"
"I belong to Him (Allah) the only one god"

Tuesday 24 May 2016

Khasiat Halia (Zanjabil)

Menurut kitab-kitab perubatan Islam, halia (zanjabil) dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.

Dalam pengubatan tradisional Asia, halia digunakan untuk mengubati selsema, batuk, cirit-birit dan penyakit radang sendi tulang.

Firman Allah SWT 
Dan mereka di dalam Syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya daripada Zanjabil.
(Surah al Insan 76:17)

Penelitian moden telah membuktikan manfaat halia, antaranya ialah:-
1. Menurunkan tekanan darah
2. Membantu pencernaan
3. Mencegah pengumpalan darah
4. Mencegah mual
5. Mengeluarkan angin
6. Mengandungi antioksidan

Halia sebenarnya menambah nafsu makan!!!
Ya, Halia digunakan sebagai ramuan dalam masakan berkhasiat untuk menambah nafsu makan, Hal ini kerana terangsangnya selaput lendir perut besar dan usus oleh minyak asiri daripada halia.

Kebaikan cuka (khal)

Cuka sebernarnya banyak memberi manfaat kepada badan manusia.. Antara kehebatan cuka ialah:-
  1. Membantu membuang kolestrol dan lemak
  2. Membaiki fungsi buah pinggang
  3. mengawal berat badan
  4. Baik untuk kulit
  5. Melegekan kulit yang kelihatan terbakar
Di dalam islam sendiri ada menyatakan tentang kebaikan cuka ini.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda:-
"Sebaik-baik penyedap rasa atau lauk ialah cuka"
(Riwayat Ibnu Majah)

Ulama perubatan Islam terkenal Iaitu Ibnu Sina (370-428H) juga memberi pendapat tentang kebaikan cuka di dalam kitab beliau al-Qanun fi ath-Thib:
"Khal dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul,kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit daripada kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolestrol) menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan."

My life sucks


"My life suck".. is that what you thinks?? your life sucks?? thinks again.. look around you.. 

You think you have no shoes to wear?? Look at someone who has no legs to walk

You think your job is bad?? look at someone who has no job..

You think you have no money to give even though you have 50$ on your pocket?? look at someone who has no money at all..

You think your house isn't big enough?? Look at someone who live on the street feeling cold at night..


What my point is that be grateful.. you have more than enough.. do not give up.. if you want something better to come into your life you have to work harder, don't give up and be grateful.. This is what life is all about.. you can't have everything,, you have what you need.. 

Monday 23 May 2016

Bulan Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban

Hari ini 23 Mei 2016 bersamaan 16 Syaaban.. Alhamdulillah Allah menemukan kita dengan bulan Syaaban.. Banyak fadhilat yang diceritakan berkenaan bulan Syaaban terutamanya pada malam nisfu Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w:
"Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu"

Saidatina Aisyah r.a berkata:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana bulan Syaaban"



MALAM NISFU SYAABAN

Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 Syaaban. Nisfu Syaaban membawa maksud separuh/setengah bulan Syaaban. Pada malam ini amalan kita akan dibawa naik Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu, Catatan pertama bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (15 Syaaban bermula setelah masuk maghrib di mana siangnya ialah 14 Syaaban). Malam nisfu Syaaban ialah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. 

Saidatina Aisyah r.a.meriwayatkan Nabi s.a.w tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
"Rasulullah s.a.w telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki baginda s.a.w dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku mendengar Baginda s.a.w berkata dalam sujudnya, "Ya Allah aku pohonkn kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti Kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda s.a.w selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang yang dengki."


Amalan Malam Nisfu Syaaban
  1. Setelah selesai solat Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan satunya diniatkan memohon dipanjangkan umur dan sihat, kemudian ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana, seterusnya diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
  2. Digalakkan memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat memohon semoga diampunkan Allah segala dosa-dosa kita, ibu bapa serta keluarga
  3. Solat-solat sunat
  4. Memberbanyakkan membaca Al-quran dan bersedekah
Sewajarnya kita melakukan amalan-amalan soleh yang disukai oleh Allah pada malam tersebut dan mengelakkan serta meninggalkan perbuatan yang dibenci oleh Allah. Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan dan diampunkan dosa-dosa kita yang lepas. In Syaa Allah, semoga catatan amalan kita yang baru ini sentiasa dipenuhi dengan amal kebaikan (amal makruf nahi munkar).

2016

wahhhhhhhhhhhhhhh.. 
Lama sangat tak blogging.. Last check in was on march 2015.. A lot of things happens to me.. Eventhough tak ramai pun yang baca blog ni but it's okay.. I'm happy i'm writing.. my aim was only to shares stories.. take time and enjoy reading..  Thank you for those who read.. hahahaha