Monday, 10 February 2020

2019-nCoV (Novel Coronavirus)

Pada tarikh post ini dibuat, 2019-nCoV masih belum ada lagi vaksin yang dijumpai. 

Mengambil petikan BH Online bertarikh 11-Feb-2020 6:48am, angka kematian melonjak kepada 1,016 orang di seluruh China. Kes jangkitan pula meningkat kepada 42,638.

Penularan virus baru ini sangat cepat dan aku macam na percaya ke tak je semua ni berlaku. Baru- baru ni aku keluar na beli barang keperluan harian dan aku tengok ramai lagi orang yang yakin dan rasa selamat membawa anak kecil di supermarket. Supermarket guys. Ramai orang tu. Aku tak keluar kereta pun tunggu laki aku beli barang (kenapa keluar jugak? duduk la rumah je).. Okay sebenarnya anak aku ni jenis tau2 je papa die na keluar.. die duk mengada2 tercari2.. bawak je la keluar tapi duduk dalam kereta.. 

Kawasan yang aku duduki ni sangat dekat dengan Singapura dan ramai jugak la pelancong dari China yang keluar masuk dari Singapura ke Malaysia. Kebanyakan orang Singapura juga datang Malaysia untuk dapatkan barang harian mereka. Sebenarnya tak ade masalah pun orang Singapura na datang shopping tapi yang menjadi kerisauan aku ialah sekarang Singapura telah meningkatkan tahap respons coronavirus ke tahap jingga (tahap kesedian menghadapi kemungkinan pandemik global ini diukur melalui penanda DORSCON).. INI SERIOUS OKAY!!!. Sehingga kini Singapura masih lagi berada di tangga kedua selepas China. Supermarket dekat Singapura kosong sebab rakyatnya keluar beli barang takut2 kene kuarantin. 



Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Bawah adalah bukti tahap keseriousan perkara ini di kawasan tempat tinggal aku:-

Email dari HR company aku berkaitan coronavirus:



Company laki aku lagi win.. setiap masa kene pakai mask. kalau tak pakai akan diambil nama. keluar masuk pula kena check suhu setiap masa.. Company dari Tanah Besar China kan.. no wonder la..


Sekarang ni atas meja perlu sentiasa ada mask and hand sanitizer


Berbalik pasal supermarket tadi.. Aku tahu kita semua yakin dengan Malaysia.. Semoga Allah sentiasa melindungi negara kita, akan tetapi perlulah kita mengambil langkah berjaga-jaga.. lagi-lagi anak-anak kecil, BABY!!!!.. Jangan ambil perkara ni remeh sangat.. THIS IS IMPORTANT!!

No comments:

Post a Comment