Wednesday 24 July 2024

Pengalaman VBAC Anak ke-2

 VBAC maksudnya Vaginal Birth After Cesarean Section.

Aku belek2 balik blog ni rupanya aku tak cerita pengalaman melahirkan anak 1st. Anak pertama aku dilahirkan secara ceaser. Emergency. 

Macam mne boleh ceaser? nanti ade mase aku post lain pasal ni. na kene refresh balik sebab da 5 tahun berlalu.

Pengalaman melahirkan anak kedua ni masih segar lagi dalam ingatan sebab baru berlaku tahun 2024 ni. Ok. Aku start dari mula2 rasa sakit ea.

Malam sebelum 1 ramadhan tu aku da rase sakit sangat. Sakit yang tak pernah aku rase sebelum ni. tapi sebab gap mase tu lame aku biarkan dulu. Yela. esok kan 1 Ramadhan.. Ingt boleh sambut hari pertama Ramadhan tu na pergi bazar Ramadhan😅.. Meleset angan-angan aku. rupanya da kene pantang tak dpt rase bazar pun.. hahaha

Okay.. Malam tu aku download apps contraction counter tu untuk pastikan aku betul2 sakit na beranak sebab due date bersalin lambat lagi waktu tu. sepatutnya lagi 2 minggu. 

Dari pukul 12 malam tu tak boleh tido tahan sakit yang amat. gap mase start jadi lebih cepat waktu 5 pagi. Aku da cuak da takut terberanak pulak. hahaha.. aku kejut laki aku suruh bangun & siap2 pergi hospital. 

Sempat la aku mandi air panas & solat dulu dekat rumah. Laki aku pulak terpaksa lalui 1 ramadhan bersahur air kosong je.. huhuh

Sampai hospital dalam 7 pagi. HSA Johor Bahru. Tahanla sakit tu isi borang ape semua. lepas tu doktor check bukaan, tukar baju & dalam pukul 10 tu baru masuk wad. 

Dalam wad tu aku da rasa sakit yang amat sangat. ak cuba tahan sebab tengok orang lain yang da lama duduk situ rilek je. Aku plak tak rilek. Urmmm.. Sakit tu tak lebih 1 minit tapi menggigil satu badan tahan sakit. berpeluh2. Aku gagahkan jugak badan aku bangun & jalan.

Laki aku mane? Kitorang tak sempat na hantar anak mintak orang jage. Anak sulung aku tu pagi kitorang kejut die tak mandi tak ape terus gi hospital. Waktu aku masuk wad tu, laki aku hantar anak aku dekat rumah kakak die. Die cakap tengahari die datang balik.

Dengan takdir Allah, Aku tak sempat na jumpa laki aku sebelum masud labour room. Doktor yang datang wad waktu tu tengok aku sakit sangat waktu tu jam 11.30 tengahari. Die suruh masuk satu bilik tu untuk check bukaan. Aku pun berjalan la pergi masuk bilik tu. Bukaan da 6cm. Doktor suruh tolak masuk bilik bersalin je. 

Dalam bilik tu aku masih menunggu untuk bersalin. sakit tu da rase kerap sangat & lebih sakit. Pukul 3 lebih lahirlah puteri sulung kami secara vaginal delivery. Alhamdulillah. Ape rase na bersalin? Rase macam na berak ya... hahaha.. Dengan izin Allah, rasa na beranak tu tak sesakit contraction. Anak lahir berat 2.9kg. Kecik je tapi aku still alami secondary tear. teruk jugakla kan. Panjang jugak jahitnya.

Kenapa aku decide untuk VBAC? Sebab aku na sembuh cepat untuk jage anak sendiri. Waktu anak pertama yang dilahirkan secara Ceaser aku mengalami macam2 sakit. Sakit Luka Ceaser, Sakit belakang macam na patah, na bangun susah, na tidur susah, na duduk susah, ehh semua susah la. Maa Syaa Allah. End up, na jage anak pun susah. Orang lain yang tolong jagekan. Aku jage diri sendiri je.. huhhu..

Sebelum mengandung kali-2 ni lagi aku da niat, kalau mengandung lagi aku na bersalin secara vaginal delivery. Aku selalu doa "Ya Allah mudahkanlah kelahiran anak kedua ni untuk mudah aku na jaga dua orang anak aku lepas bersalin". Allah makbulkan dapat bersalin Normal. 

Tapi lepas bersalin tu tak mudah ea, orang lain kalau bersalin secara vaginal kalau takde masalah boleh balik awal kan.. Aku tak😓. Meh aku cerita kenapa. 

Waktu aku bersalin tu aku kehilangan banyak darah. Waktu doktor jahit aku tu, aku da mamai sebenarnya, rase macam na pengsan. Walaupun lama doktor jahit aku, hampir 3 jam rasenya, tapi aku da tak larat. yela.. hilang banyak darah. Pelik ke aku kene jahit 3 jam? Tapi betul. 3 doktor masuk jahit aku waktu tu. mula2 cina, lepas tu india, akhir sekali melayu. hahahah.. cukup 3 bangsa haaa. Yang sambut anak aku Cina. 

Kenapa sampai 3 orang tu?  Aku pun tak berapa pasti sebab mamai. yang aku dengar nurse tu mengumpat - mula2 doktor cina (doktor junior)  tu jahit, doktor india ( doktor senior) masuk tegur salah, tu yang die sambung jahit. Larrr lepas tu doktor melayu (pakar) plak masuk tegur macam ade tumpah darah, tegur 2 doktor tu & sambung plak jahitkan sampai siap.. aku pulak waktu tu "lantakla aku da tak larat ni, janji baik".. hahaha.. aku ade jugak bukak mata tengok memang ade doktor cina, india & melayu depan aku. Perempuan semua.. Lelaki ade jugak, Doktor houseman lelaki, die bantu waktu delivery tu sekejap2 tegur aku tanya "puan okay tak". Takut pengsan agaknya. 

Aku disuruh tandangan surat untuk masuk darah.. aku kene masuk darah 1 bag, kene pakai tube kencing jugak macam bersalin ceaser. duduk wad pemantauan 1 malam. Aku keluar bilik bersalin dalam pukul 7 macam tu. 2 malam jugak kene duduk hospital.

Lepas tu boleh balik. aku ingatkan da habis hal hospital, rupanya tersimpang terus anggapan aku..  Esoknya nurse dari klinik kesihatan datang rumah na check, die tengok muka mak pucat, muka anak kuning😅, disuruhnya pergi check pH mak & kuning anak. Larrr....... kene masuk wad balik😓..

Anak masuk wad baby, mak masuk wad gynecology. Aku kene tambah 1 lagi bag darah. 

Tinggallah aku kat hospital tu lagi 2 malam.. Anak 1 malam je.

Dugaan betul. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Tu yang paling penting. Dapatla aku jage anak aku sendiri. Sakit tu sakit tapi bagi aku tak sesusah bersalin ceaser.

Vaginal Birth, Normal Delivery, Ceaser Delivery, atau VBAC itu takdir dan mungkin kadang2 atas pilihan kita sendiri. Macam Aida Jebat die da rancang na lahirkan anak kedua die secara ceaser. Macam Shila Amzah die rancang na VBAC tp terpaksa ceaser lagi. Mana2 pun okay je. Yang penting selamat. 

Aku waktu decide na VBAC tu bukan setakat decide je tau. Aku study, banyak membaca pengalaman VBAC, exercise, jaga makan, jaga badan, set minda kene sentiasa positive, & paling penting berdoa.

Fuhhh.. Habis da cite.. huhhu... Sape2 yang masih tertanya2 tu na buat pilihan VBAC ke atau Ceaser sekali lagi semoga diberi kemudahan membuat keputusan. Semuanya ade pros & cons. Semoga dipermudahkan urusan. 

No comments:

Post a Comment