Bahtera Nabi Nuh dipercayai dijumpai di Gunung Ararat, timur Turki oleh penjelajah yang telah pergi ke gunung tersebut. Di dalam Al-Quran ada disebutkan bahawa Bahtera itu berlabuh di gunung Judiy.
'Setelah itu diperintahkan kepada bumi: "Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah daripada hujan." Dengan itu surutlah air serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera itu pun berlabuh di atas gunung Judiy dan diingatkan (bahawa), kebinasaanlah akhirnya bagi orang yang zalim' (Surah Hud: Ayat 44)
Kenapa ada percanggahan tempat berlabuhnya Bahtera Nabi Nuh ini??? yang mana satukah maklumat yang sahih. Sebagai seorang islam kita perlu percaya yang Bahtera Nabi Nuh memang berlabuh di Gunung Judiy selepas berlakunya banjir besar itu. 100% percaya dan tidak ada keraguaan apabila di dalam Al-Quran sendiri disebutkan begitu. Ahli-ahli penjelajah islam dan saintis islam sepatutnya menyiasat lebih lanjut lagi dan terus membuktikan yang sebenarnya Bahtera tersebut berlabuh di Gunung Judiy kerana Ayat Al-Quran adalah semuanya benar.
Ade pendapat mengatakan Gunung Judiy terletak 200 batu dari selatan Gunung Ararat dan ada yang berpendapat bahawa Gunung Ararat sebenarnya adalah Gunung Judiy. Mungkin ada kisah disebalik pertemuaan bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat yang kita tidak tahu. Mungkin disebabkan pergerakan bumi atau disebabkan gunung berapi, posisi bahtera berubah atau mungkin penduduk di situ telah lama memanipulasi nama tempat sebenarnya kerana ingin merahsiakan bahtera tersebut terhadap umum untuk memeliharanya dari diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Mungkir benar nama Ararat sebenarnya Judiy.
Setelah Nabi Nuh selesai membuat kapal maka berlakulah tanda-tanda akan berlakunya banjir besar itu. Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk mengumpulkan semua tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan naik ke atas bahtera tersebut. Oleh sebab itu, antara artifak yang dijumpai pada bahtera tersebut ialah najis haiwan dan tanduk rusa yang telah bertukar menjadi batu serta beberapa cebis bulu kucing.
Teknologi yang digunakan ketika Zaman Nabi Nuh mengejutkan para saintis apabila mereka menemui bukti kemajuaan teknologi yang berlaku pada zaman tersebut. Tidak seperti kronologi zaman yang kita pernah belajar bermula dari zaman batu, zaman gangsa dan seterusnya zaman logam (1200-1000 BC), Zaman Nabi Nuh berusia lebih lama dari zaman batu yang kita pelajari. Adakah kronologi zaman ini hanyalah satu agenda untuk merahsiakan kehebatan dan kebenaran Islam sejak beribu tahun dahulu???
Saintis yang membuat kajian di situ menemui 3 keping papan dilapiskan bersama dengan beberapa jenis gam organik. Bahagian luar kayu telah di salut dengan Bitumen. Analisis dari makmal mendedahkan bahawa kayu yang telah menjadi batu disitu mengandungi karbon yang sebenarnya ialah paku yang tertanam di dalam kayu tersebut. Pengetahuan tentang pembinaan ini telah wujud pada zaman tersebut dan ia di luar jagkaan kita semua,
Beberapa batu dari lokasi penemuan Bahtera Nabi Nuh, terdapat batu besar yang mempunyai berat beberapa tan dan terdapat lubang yang diukir padanya. Saintis percaya bahawa batu besar tersebut ialah sauh yang terdapat pada kapal tersebut.
Melalui penemuan ini, terbuktilah kebenaran berlakunya banjir besar semasa Zaman Nabi Nuh. Kita juga dapat melihat kehebatan dan kecerdikan manusia pada zaman itu dengan pertolongan dari Allah berkenaan ilmu pengetahuan dalam pembinaan bahtera tersebut. Jelaslah bagi kita bahawa Islam agama kebenaran dan Allah berkuasa menjadikan banjir besar tersebut serta menenggelamkan orang-orang yang mendustai kebenaran yang dibawa Nabi Nuh. Penemuan ini dipelihara oleh Allah hingga sekarang untuk kita lihat kekuasaan-Nya, mengambil iktibar dari manusia pada zaman tersebut dan bertaqwa kepada Allah.
No comments:
Post a Comment