Monday 18 May 2020

Update 2019-nCoV : Tak boleh balik kampung

Sebelum ni aku ada post berkaitan Coronavirus dan pada waktu tu singapura mendahului Malaysia dari segi angka pesakit Covid-19.. TAPI.. siapa sangka tak berapa lama selepas tu Malaysia telah mendahului bilangan pesakit dan antara yang paling tinggi di asia tenggara.

Malaysia di arah Lockdown.. Company aku dan laki aku tutup dan diarah kerja dari rumah..

18 March 2020 tarikh mulanya kami WHF (Work From Home) sampaila hari ni baru aku start keje dekat office (18 May 2020). 2 bulan guys WHF.

Sekarang dekat office kami diwajibkan untuk megadakan penjarakan sosial, pakai mask, check suhu, sanitize tangan dan macam-macam lagi la..

Tak tahu sampai bila penyakit ni akan hidup dengan kita. Semoga keadaan menjadi lebih baik..

By the way, sekarang ni bulan Ramadhan dan semua orang tak dibenarkan merentas negeri which means kitorang tak boleh balik kampung :-(... beraya diperantauan la nampaknya.. 1st raya anak aku adalah dirumahnya sendiri bukan dekat kampung. sedeyy weyy..

No comments:

Post a Comment