Qabil dan Habil keduanya adalah putera Adam. Mereka dilahirka kembar secara berpasangan. Qabil bersama kembar perempuannya dan Habil bersama kembar perempuannya.Adam kemudian menjodohkan mereka secara bersilang. Qabil bersama kembar Habil dan Habil bersama kembar Qabil.
Saudari kembar Qabil adalah seorang wanita yang cantik jika dibandingkan dengan kembar Habil. Qabil menolak untuk mengahwini kembar Habil dan mahu mengahwini kembarnya sendiri.
Adam kemudian memerintahkan kedua-dua anaknya melakukan korban dan korban sesiapa yang diterima oleh Allah akan dijodohkan dengan saudari kembar Qabil yang cantik itu. Allah menerima korban Habil dan Qabil mula berasa dengki dengan Habil.
Oleh sebab perasaan dengki Qabil itu, dia membunbuh saudaranya Habil dan membiarkan sahaja mayat saudaranya itu di atas tanah. Allah kemudian mengutuskan dua ekor gagak, keduanya berkelahi sehingga terbunuhlah salah satunya. Gagak yang masih hidup itu menggali tanah dan dilemparkan gagak yang mati tadi ke dalam lubang kemudian ditimbun dengan tanah.
Qabil memerhatikan perlakuan gagak tadi dan membuat perkara yang sama terhadap saudaranya. Qabil menyesal atas perbuatannya dan merasakan dirinya kalah dengan seekor gagak yang lebih menghormati gagak yang lain.
No comments:
Post a Comment