Monday, 19 January 2015

Kahak Berdarah

Kahak berdarah atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai haemoptysis atau batuk berdarah sebenarnya bukan penyakit, tetapi simptom ini tidak boleh dipandang ringan walaupun jumlah kahak dan darah sedikit. Setiap individu sihat tidak menghasilkan kira-kira 100 milimeter mukus dan lendir setiap hari.

Kahak biasanya berwarna putih dan jernih. Jika kahak berwarna kuning, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan atau kehadiran sel darah putih neutrofil dan eosinofil seperti yang ada pada pesakit asma, manakala jika hijau, ia mungkin tanda penyakit paru-paru bronkiektasis.

Kahak berdarah boleh berlaku kepada semua peringkat umur, tetapi lebih kerap dialami individu berumur lebih 40 tahun. Biasanya ia berlaku kepada lelaki berbanding wanita.


Penyebab kahak berdarah:- 

  1. Jangkitan. Jangkitan akan menyebabkan radang pada permukaan saluran udara dan mengakibatkan salur darah pecah lalu menyebabkan kahak berdarah. Contohnya jangkitan pada paru-paru seperti bronkitis, pneumonia (radang paru-paru) dan batuk kering (TB). 
  2. Saiz kanser yang besar menyebabkan salur pernafasan tersumbat seterusnya menggalakkan penyakit. 
  3. Hipertensi vena pulmonari dan masalah jantung juga antara faktor menyumbang kepada kahak berdarah. 
  4. Seterusnya, idiopati iaitu penyakit atau keadaan yang tidak diketahu puncanya atau terjadi secara spontan.

Simptom kahak berdarah memerlukan pemeriksaan rapi selain dirujuk ke hospital walaupun dalam kebanyakan kes pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad.


Sumber: Berita Harian/Sihat, Sabtu, 4 Oktober 2014 

No comments:

Post a Comment