Jerawat atau Acne Vulgaris terjadi apabila minyak atau sel kulit mati menyumbatkan liang kulit. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini. kesannya berlaku bengkak kemerahan dan nanah.
Jenis Jerawat:-
- Whitehead - Jerawat akibat liang kulit tersumbat. Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum dimasuki kuman atau bakteria. Kulit kelihatan seperti benjolan.
- Blackhead - Hampir sama dengan Whitehead. Perbezaan ketara blackhead ialah bahagian atasnya terbuka. Pendedahan kepada udara menyebabakan berlaku pengoksidaan membawa kepada warna hitam.
- Papules - Terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan. Kesannya berwarna merah dan lembut.
- Pustules - Jerawat biasa, keadaanya keras dan bernanah. Jerawat ini disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Penjagaan Muka Berjerawat
- Minum air secukupnya
- Elakkan tekanan dan sentiasa tenang
- Banyakkan makan sayur dan buah-buahan
- Sentiasa mencuci muka dengan air bersih
- Elakkan memicit jerawat bagi mengelakkan keadaan semakin teruk
- Lakukan pembersihan wajah secara rutin untuk mempercepat penyembuhan jerawat.
No comments:
Post a Comment