Wednesday, 24 July 2024

Pengalaman VBAC Anak ke-2

 VBAC maksudnya Vaginal Birth After Cesarean Section.

Aku belek2 balik blog ni rupanya aku tak cerita pengalaman melahirkan anak 1st. Anak pertama aku dilahirkan secara ceaser. Emergency. 

Macam mne boleh ceaser? nanti ade mase aku post lain pasal ni. na kene refresh balik sebab da 5 tahun berlalu.

Pengalaman melahirkan anak kedua ni masih segar lagi dalam ingatan sebab baru berlaku tahun 2024 ni. Ok. Aku start dari mula2 rasa sakit ea.

Malam sebelum 1 ramadhan tu aku da rase sakit sangat. Sakit yang tak pernah aku rase sebelum ni. tapi sebab gap mase tu lame aku biarkan dulu. Yela. esok kan 1 Ramadhan.. Ingt boleh sambut hari pertama Ramadhan tu na pergi bazar Ramadhan😅.. Meleset angan-angan aku. rupanya da kene pantang tak dpt rase bazar pun.. hahaha

Okay.. Malam tu aku download apps contraction counter tu untuk pastikan aku betul2 sakit na beranak sebab due date bersalin lambat lagi waktu tu. sepatutnya lagi 2 minggu. 

Dari pukul 12 malam tu tak boleh tido tahan sakit yang amat. gap mase start jadi lebih cepat waktu 5 pagi. Aku da cuak da takut terberanak pulak. hahaha.. aku kejut laki aku suruh bangun & siap2 pergi hospital. 

Sempat la aku mandi air panas & solat dulu dekat rumah. Laki aku pulak terpaksa lalui 1 ramadhan bersahur air kosong je.. huhuh

Sampai hospital dalam 7 pagi. HSA Johor Bahru. Tahanla sakit tu isi borang ape semua. lepas tu doktor check bukaan, tukar baju & dalam pukul 10 tu baru masuk wad. 

Dalam wad tu aku da rasa sakit yang amat sangat. ak cuba tahan sebab tengok orang lain yang da lama duduk situ rilek je. Aku plak tak rilek. Urmmm.. Sakit tu tak lebih 1 minit tapi menggigil satu badan tahan sakit. berpeluh2. Aku gagahkan jugak badan aku bangun & jalan.

Laki aku mane? Kitorang tak sempat na hantar anak mintak orang jage. Anak sulung aku tu pagi kitorang kejut die tak mandi tak ape terus gi hospital. Waktu aku masuk wad tu, laki aku hantar anak aku dekat rumah kakak die. Die cakap tengahari die datang balik.

Dengan takdir Allah, Aku tak sempat na jumpa laki aku sebelum masud labour room. Doktor yang datang wad waktu tu tengok aku sakit sangat waktu tu jam 11.30 tengahari. Die suruh masuk satu bilik tu untuk check bukaan. Aku pun berjalan la pergi masuk bilik tu. Bukaan da 6cm. Doktor suruh tolak masuk bilik bersalin je. 

Dalam bilik tu aku masih menunggu untuk bersalin. sakit tu da rase kerap sangat & lebih sakit. Pukul 3 lebih lahirlah puteri sulung kami secara vaginal delivery. Alhamdulillah. Ape rase na bersalin? Rase macam na berak ya... hahaha.. Dengan izin Allah, rasa na beranak tu tak sesakit contraction. Anak lahir berat 2.9kg. Kecik je tapi aku still alami secondary tear. teruk jugakla kan. Panjang jugak jahitnya.

Kenapa aku decide untuk VBAC? Sebab aku na sembuh cepat untuk jage anak sendiri. Waktu anak pertama yang dilahirkan secara Ceaser aku mengalami macam2 sakit. Sakit Luka Ceaser, Sakit belakang macam na patah, na bangun susah, na tidur susah, na duduk susah, ehh semua susah la. Maa Syaa Allah. End up, na jage anak pun susah. Orang lain yang tolong jagekan. Aku jage diri sendiri je.. huhhu..

Sebelum mengandung kali-2 ni lagi aku da niat, kalau mengandung lagi aku na bersalin secara vaginal delivery. Aku selalu doa "Ya Allah mudahkanlah kelahiran anak kedua ni untuk mudah aku na jaga dua orang anak aku lepas bersalin". Allah makbulkan dapat bersalin Normal. 

Tapi lepas bersalin tu tak mudah ea, orang lain kalau bersalin secara vaginal kalau takde masalah boleh balik awal kan.. Aku tak😓. Meh aku cerita kenapa. 

Waktu aku bersalin tu aku kehilangan banyak darah. Waktu doktor jahit aku tu, aku da mamai sebenarnya, rase macam na pengsan. Walaupun lama doktor jahit aku, hampir 3 jam rasenya, tapi aku da tak larat. yela.. hilang banyak darah. Pelik ke aku kene jahit 3 jam? Tapi betul. 3 doktor masuk jahit aku waktu tu. mula2 cina, lepas tu india, akhir sekali melayu. hahahah.. cukup 3 bangsa haaa. Yang sambut anak aku Cina. 

Kenapa sampai 3 orang tu?  Aku pun tak berapa pasti sebab mamai. yang aku dengar nurse tu mengumpat - mula2 doktor cina (doktor junior)  tu jahit, doktor india ( doktor senior) masuk tegur salah, tu yang die sambung jahit. Larrr lepas tu doktor melayu (pakar) plak masuk tegur macam ade tumpah darah, tegur 2 doktor tu & sambung plak jahitkan sampai siap.. aku pulak waktu tu "lantakla aku da tak larat ni, janji baik".. hahaha.. aku ade jugak bukak mata tengok memang ade doktor cina, india & melayu depan aku. Perempuan semua.. Lelaki ade jugak, Doktor houseman lelaki, die bantu waktu delivery tu sekejap2 tegur aku tanya "puan okay tak". Takut pengsan agaknya. 

Aku disuruh tandangan surat untuk masuk darah.. aku kene masuk darah 1 bag, kene pakai tube kencing jugak macam bersalin ceaser. duduk wad pemantauan 1 malam. Aku keluar bilik bersalin dalam pukul 7 macam tu. 2 malam jugak kene duduk hospital.

Lepas tu boleh balik. aku ingatkan da habis hal hospital, rupanya tersimpang terus anggapan aku..  Esoknya nurse dari klinik kesihatan datang rumah na check, die tengok muka mak pucat, muka anak kuning😅, disuruhnya pergi check pH mak & kuning anak. Larrr....... kene masuk wad balik😓..

Anak masuk wad baby, mak masuk wad gynecology. Aku kene tambah 1 lagi bag darah. 

Tinggallah aku kat hospital tu lagi 2 malam.. Anak 1 malam je.

Dugaan betul. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Tu yang paling penting. Dapatla aku jage anak aku sendiri. Sakit tu sakit tapi bagi aku tak sesusah bersalin ceaser.

Vaginal Birth, Normal Delivery, Ceaser Delivery, atau VBAC itu takdir dan mungkin kadang2 atas pilihan kita sendiri. Macam Aida Jebat die da rancang na lahirkan anak kedua die secara ceaser. Macam Shila Amzah die rancang na VBAC tp terpaksa ceaser lagi. Mana2 pun okay je. Yang penting selamat. 

Aku waktu decide na VBAC tu bukan setakat decide je tau. Aku study, banyak membaca pengalaman VBAC, exercise, jaga makan, jaga badan, set minda kene sentiasa positive, & paling penting berdoa.

Fuhhh.. Habis da cite.. huhhu... Sape2 yang masih tertanya2 tu na buat pilihan VBAC ke atau Ceaser sekali lagi semoga diberi kemudahan membuat keputusan. Semuanya ade pros & cons. Semoga dipermudahkan urusan. 

2024

Pada tarikh ini 24 Jul 2024 aku mula menulis semula di dalam blog ni. aku tinggalkan 2023 tanpa sebarang post. 

Aku perasan selama 4 tahun ni aku skip 1 tahun untuk menulis. tahun 2021tak post. Tahun 2022 satu post. hahaha. tahun 2023 tak post.. tahun 2024 berapa post plak??? :)

Selama hampir 3 tahun ni dari 2022-2024 macam2 da berlaku pada aku. Dari WFH ke WFO, buat kebun, mengandung anak no.2.. eh macam2 la.. tak janji tapi kalau boleh aku na share macam2 dalam ni. sekarang pun aku da list ape tajuk yang akan aku tulis nanti. 

A note to myself. This writing is for you and people who want to read your writing. It's okay if no people read as long as you come back and read what you have write and see how far you have come.


Tuesday, 18 January 2022

2022

Pada tarikh 19-Jan-2022, Baru aku na bukak blog & mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022.

Kalau ade yang perasan tahun 2021, aku tak update apa2. Bukannya aku kene covid ke ape. Aku cuma sibuk dengan 'Work From Home' & Anak na kene urus sambil bekerja. 


Best ke Work From Home???

Sebenarnya ade kebaikan dan keburukannya. Aku bg tau kebaikan dulu ea. kebaikannya ialah ko ade flexible time untuk buat kerja. Ko ade mase tengok anak membesar depan mata. Sepanjang aku WFH ni, aku boleh tengok perubahan anak membesar depan mata. yang ni memang kebaikan yang akan aku hargai sampai bila2. Kalau anak sakit ke ape tak perlu la AL sbb kita da WFH tp masa bekerja tu aku akan drag la sampai malam pun takpe.. sebab ade mase aku kene tgk2kan anak kan.. Lagi, Jimat duit minyak, duit makan.. Haaa mcm tu la.

keburukanya pulak aku rase lagi banyak ni... Hahaha.. Keburukanya ialah ko kerja tak kira masa without OT. kadang malam sampai pukul 2am pun ko buat kerja. Hari sabtu ahad pun buat tau. Ko akan rase tanggungjawab untuk buat kerja yang belum siap tak tentu masa sebab ko ade flexible time WFH tadi. Na jage anak sambil bekerja bukan mudah. kadang ade meeting & aku sebolehnya tidurkan anak sebelum meeting. Kebanyakannya die tidurla tp kalau tak tidur die akan layan TV. No face to face interaction. Aku kadang-kadang rasa sangat stress sebab tak dapat berinteraksi dengan orang. buat kerja alone at home. Environment dekat rumah yang tak selesa untuk bekerja pun salah satu sebab aku kurang selesa WFH ni. Tapi ada masa WFH ni perlu jugak.. huhuhuh..

WFH or WFO? ade orang berbeza pendapat. Ape2 pun aku rasa sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Tak banyak macam orang lain tapi cukup. Semoga dengan rezeki ni dapat jugak kita berkongsi dengan orang lain. 

Pada waktu aku menaip ni, kebanyakan rakan2 sekerja aku masih WFH. Aku pulak da start hantar anak ke taska dan memulakan kerja di Office semula. Waktu ni masih waktu rehat. jap lagi sambung kerja okay.. 

Ape2 pun pengalaman ni akan aku ingat sampai bila2.....


Quotes for this year:-

"Life is a journey, with problems to solve, lessons to learn, but most of all, experiences to enjoy"

"A new experience can be extremely irritating, or somewhere in between, and you never know until you try it out."

"All life is an experiment. The more experiments you make the better"

"Every new experience brings its own maturity and greater clarity of vision"



Monday, 18 May 2020

Update 2019-nCoV : Tak boleh balik kampung

Sebelum ni aku ada post berkaitan Coronavirus dan pada waktu tu singapura mendahului Malaysia dari segi angka pesakit Covid-19.. TAPI.. siapa sangka tak berapa lama selepas tu Malaysia telah mendahului bilangan pesakit dan antara yang paling tinggi di asia tenggara.

Malaysia di arah Lockdown.. Company aku dan laki aku tutup dan diarah kerja dari rumah..

18 March 2020 tarikh mulanya kami WHF (Work From Home) sampaila hari ni baru aku start keje dekat office (18 May 2020). 2 bulan guys WHF.

Sekarang dekat office kami diwajibkan untuk megadakan penjarakan sosial, pakai mask, check suhu, sanitize tangan dan macam-macam lagi la..

Tak tahu sampai bila penyakit ni akan hidup dengan kita. Semoga keadaan menjadi lebih baik..

By the way, sekarang ni bulan Ramadhan dan semua orang tak dibenarkan merentas negeri which means kitorang tak boleh balik kampung :-(... beraya diperantauan la nampaknya.. 1st raya anak aku adalah dirumahnya sendiri bukan dekat kampung. sedeyy weyy..

Monday, 2 March 2020

Pengalaman cabut gigi dan scaling

Aku seorang yang sangat takut jumpa doktor gigi dari kecil sampaila sekarang ni anak sorang pun takut lagi.

1st time aku jumpa doktor buat scaling atas kerelaan hati sendiri waktu umur aku 24 tahun. Waktu tu pun aku mintak ayah aku teman sampai bilik doktor. Itu level penakut aku okay.. Hahaha..

Waktu aku mengandung ade check gigi and doktor suruh buat scaling dan sudah semestinya aku tak buat sebab na mencari keberanian dulu.. Rilex je la kononya.. na dijadikan cerita waktu kandungan aku masuk 8 bulan gigi tampal aku pecah.. aku cuak giler la takut sakit. Na tak nak kene jumpa doktor jugak ni.. Laki aku cakap "tak pe, die pun da biase da serpih tu, xde ape la". Aku pun biar jela.. tak sakit lagi.

Tiba masanya aku kene emergency labour.. anak aku na keluar jugak sebelum merdeka.. waktu dalam pantang minggu kedua x silap.. aku sakit gigi sangat.. na makan sakit, na minum sakit, semua la sakit.. aku decide na cabut tapi doktor x bagi cabut dan bagi ubat sahaja.. die cakap datang balik lepas habis pantang.

Amazingly ubat tu sangat berkesan dan memang tak sakit da gigi aku ni.. Lepas pantang, walaupun tak sakit aku kene jugak pergi cabut gigi. tak da masa da na cari keberanian, sekarang atau nanti kena cabut jugak kan.. sebelum die sakit balik baik pergi je.. Level penakut aku masih sama.. Aku mintak laki aku teman sampai dalam bilik operation doktor gigi.. hahaha.. Laki aku cakap doktor tu geleng kepala sebab die da cucuk ubat bius 3 kali pun aku still rasa.. Perasaan takut je sebenarnya tu.. huhuhu.. Rasa dia sakit ke tak? mesti na tau kan apa perasaan aku masa cbut gigi tu kan.. jawapanya tak sakit.. senang je die cabut.. sekejap sangat.. rase la sikit die goyang and sentap cabut tu tp tak sakit.. tunggu bius 3 kali tu je yang lama.

Lepas tu aku dengan rela hati sekali lagi na scaling pulak.. Dulu prinsip aku 'mencari keberanian dulu' tapi sekarang prinsip aku 'sekarang ke nanti kene buat jugak'.. Pergi la sekali lagi selepas 3 bulan na buat scaling. Aku masuk seorang je bilik doktor tu sebab laki aku na jaga baby.. dulu waktu cabut mak mertua aku ada bolehla laki aku teman sampai dalam bilik doktor. Scaling ni x sakit pun sebenarnya.. dulu takut je lebih. Lepas scaling rasa bersih gigi. Sangat recommended. Next 6 months aku akan pergi scaling lagi.

Okay sampai sini je pengalaman aku. Good luck guys..

Wednesday, 19 February 2020

20.02.2020

20.02.2020 is a beautiful date..

Last time I planned to publish the new year post on 02.02.2020 but without success due to my busy schedule.

One more time the beautiful date come and I really want to post something on this date. So here a story I read somewhere in the Instagram stories. The story goes like this:-

Once a group of 50 people was attending a seminar. Suddenly the speaker stop and decided to do a group activity. He started giving each one a balloon. Each one was asked to write his/her name on it using a marker pen. Then all the balloons were collected and put in another room.

Now these delegates were let in that room and asked to find the balloon which had their name written, within 5 minutes. Everyone was frantically searching for their name, colliding with each other, pushing around others and there was utter chaos.

At the end of 5 minutes no one could find their own balloon. Now each was asked to randomly collect a balloon and give it to the person whose name was written on it. Within  minutes everyone had their own balloon.

The speaker began- exactly this is happening in our lives. Everyone is frantically looking for happiness all around, not knowing where it is. Our happiness lies in the happiness of other people. Give them their happiness; you will get your own happiness.

Monday, 10 February 2020

2019-nCoV (Novel Coronavirus)

Pada tarikh post ini dibuat, 2019-nCoV masih belum ada lagi vaksin yang dijumpai. 

Mengambil petikan BH Online bertarikh 11-Feb-2020 6:48am, angka kematian melonjak kepada 1,016 orang di seluruh China. Kes jangkitan pula meningkat kepada 42,638.

Penularan virus baru ini sangat cepat dan aku macam na percaya ke tak je semua ni berlaku. Baru- baru ni aku keluar na beli barang keperluan harian dan aku tengok ramai lagi orang yang yakin dan rasa selamat membawa anak kecil di supermarket. Supermarket guys. Ramai orang tu. Aku tak keluar kereta pun tunggu laki aku beli barang (kenapa keluar jugak? duduk la rumah je).. Okay sebenarnya anak aku ni jenis tau2 je papa die na keluar.. die duk mengada2 tercari2.. bawak je la keluar tapi duduk dalam kereta.. 

Kawasan yang aku duduki ni sangat dekat dengan Singapura dan ramai jugak la pelancong dari China yang keluar masuk dari Singapura ke Malaysia. Kebanyakan orang Singapura juga datang Malaysia untuk dapatkan barang harian mereka. Sebenarnya tak ade masalah pun orang Singapura na datang shopping tapi yang menjadi kerisauan aku ialah sekarang Singapura telah meningkatkan tahap respons coronavirus ke tahap jingga (tahap kesedian menghadapi kemungkinan pandemik global ini diukur melalui penanda DORSCON).. INI SERIOUS OKAY!!!. Sehingga kini Singapura masih lagi berada di tangga kedua selepas China. Supermarket dekat Singapura kosong sebab rakyatnya keluar beli barang takut2 kene kuarantin. 



Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Bawah adalah bukti tahap keseriousan perkara ini di kawasan tempat tinggal aku:-

Email dari HR company aku berkaitan coronavirus:



Company laki aku lagi win.. setiap masa kene pakai mask. kalau tak pakai akan diambil nama. keluar masuk pula kena check suhu setiap masa.. Company dari Tanah Besar China kan.. no wonder la..


Sekarang ni atas meja perlu sentiasa ada mask and hand sanitizer


Berbalik pasal supermarket tadi.. Aku tahu kita semua yakin dengan Malaysia.. Semoga Allah sentiasa melindungi negara kita, akan tetapi perlulah kita mengambil langkah berjaga-jaga.. lagi-lagi anak-anak kecil, BABY!!!!.. Jangan ambil perkara ni remeh sangat.. THIS IS IMPORTANT!!