Bawang putih sudah dikenal oleh manusia sejak lebih 4000 tahun dahulu. Orang mesir percaya adanya 22 khasiat bawang putih untuk mengubati penyakit. Tidak hairanlah apabila bawang putih ditemui dalam makan Raja Tutankhamun. Dikatakan juga bahawa bawang putih digunakan oleh pekerja pembina piramid untuk meningkatkan stamina dan mencegah penyakit.
Pada masa lalu, Orang Yunani dan Romawi menggunakan bawang putih untuk mengubati penyakit kusta dan asma, serta menghalau kala jengking.
Ada teori yang menyatakan bahawa apabila kita menggunakan 2-3 ulas bawang putih sehari, maka kita akan terhindar daripada kemungkinan berpenyakit jantung. Allicin yang terdapat pada bawang putih diuraikan menjadi sebatian sulfat. Sebatian ini berinteraksi dengan darah merah dan menghasilkan Sulfida Hydrogen yang merenggangkan saluran darah serta membuat darah mudah mengalir. Sebatian ini mengurangkan tekanan darah, memungkinkan darah mengangkut lebih banyak oksigen kepada organ tubuh asas dan mengurangkan tekanan pada jantung
Manfaat Bawang Putih
- Mengelakkan risiko darah tinggi dan strok
- Mengurangkan risiko kanser
- Antibakteria dan antivirus
- Antiinflamasi
- Mengandungi banyak iodin
- Membantu sistem pencernaan
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Mengurangkan kolestrol dalam tubuh
No comments:
Post a Comment