Sunday 4 June 2017

Tembikai (Bittikh)

Tembikai dipercayai berasal dari gurun Kalahari, Afrika. Menurut pengkaji, buah ini pertama kali dituai 5,000 tahun yang lalu di Mesir dan menurut kepercayaan nenek moyang ketika itu, buah ini digunakan untuk penguburan raja-raja agar roh mereka mendapat nutrisi di alam baka.

Fungsi Kandungan Likopen di dalam Tembikai:-

  1. Memerangi radikal bebas jauh lebih berkesan berbanding antioksidan lain seperti vitamin C dan E.menghindarkan kulit menjadi kering, kusam dan kendur.
  2. Menumpaskan bibit-bibit kanser seperti kanser pangkal rahim dan pankreas bagi wanita. selain itu, tembikai juga mampu mngurangkan kanser rongga mulut, kanser kerongkong, kanser perut, kanser usus besar, kanser anus dan kanser prostat.
  3. Berguna untuk membuat wajah kelihatan bercahaya, kelihatan segar dan lebih muda
  4. Memulihkan gangguan kesihatan lebih cepat
  5. Membantu meningkatkan kemampuan mental dan ketajaman daya ingatan
Manfaat tembikai:-
  1. Jika sedang berdiet, maka tembikai adalah makanan terbaik. Hal ini kerana, tembikai adalah buah yang bebas lemak dan memiliki kombinasi gula yang terbatas dan air yang banyak. 
  2. Tembikai sangat baik bagi penghidap hipertensi. Kandungan air dan kaliumnya yang tinggi dapat meneutralkan tekanan darah.
  3. Tembikai juga menggiatkan tugas jantung dengan berkesan
  4. Antioksidannya termasuk betakaroten dan vitamin C membantu sel-sel tubuh tetap sihat.
  5. Tembikai juga berfungsi untuk merangsang keluarnya air kencing lebih lancar.
  6. Digunakan untuk menurunkan demam
  7. Mencegah seriawan dengan berkesan

No comments:

Post a Comment