Monday, 22 January 2018

2018

Lambat post tapi masih lagi dalam bulan January. SOOooooo...

WELCOME 2018
Be good to me please.

 Wrap Up 2017, This is the word that keep me going.

" In Life we will meet with two kind of person, Ones who build you up and Ones who tear you down. But in the end you will thank them both" 

So we must always be Thankful and Grateful .

Luqman Al-Hakim once said to his son: " O my son! The world is a deep ocean in which many have drowned! Let your ship be Taqwallah (fear of Allah), and load your ship with Iman-billah ( Believe in Allah) and let her sail be Tawakkal (trust) on Allah! In Shaa Allah you will survive them."

Friday, 16 June 2017

Anggur Untuk Ibu Menyusu

Ibu-ibu yang menyusui bayi disarankan minum jus buah anggur kerana buah anggur mampu meningkatkan pengeluaran air susu ibu. 

Sejumlah unsur kimia yang terdapat dalam buah anggur juga dapat mengurangkan kemungkinan dijangkiti kanser kulit dan meningkatkan kecantikan kulit kerana angggur berfungsi membersihkan darah

Manfaat Pisang

Al-Quran ada menyebut pisang sebagai salah satu buah-buahan syurga, sebagaimana firman Allah SWT:-

Maksudnya: Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya dan naugan yang tetap terbentang. (Surah al-Waqi'ah 56:28-30)


Kandungan potassium didalam pisang berfungsi bersama sodium bagi meningkatkan pertumbuhan sel dan otot, serta mengatur keseimbangan air dan degup jantung. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga keseimbangan potassium di dalam badan. Kekurangan pottasium akan memberi kesan kepada edema (air berlebihan pada sesuatu organ tubuh) dan menurunkan jumlah kitaran gula dalam darah.


Vitamin B6 memainkan peranan penting dalam mengawal tindak balas unsur kimia daripada protein dan asid amino serta penting dalam menjaga otak supaya berfungsi secara normal. Unsur-unsur kimia tersebut mampu meningkatkan pengeluaran sel darah merah, menjaga keseimbangan kimia dalam badan, membantu pengeluaran tenaga dan memberikan kemampuan bertahan terhadap tekanan stress. Kekurangan vitamin B6 boleh mengakibatkan letih, insomnia, anemia, penyakit kulit serta mempengaruhi konsentrasi. 

Karbohidrat yang terkandung di dalam pisang pula berfungsi sebagai enzim pembantu dalam proses metabolisme lemak dan protein.

Antara manfaat lain pisang ialah:-

  • Berupaya menyembuhkan penyakit anemia
  • Memelihara keseimbangan cairan dalam tubuh dan menyembuhkan penyakit-penyakit pada jantung
  • Meredakan radang dada, paru-paru, batuk dan batu karang
  • Melancarkan sistem perkumuhan 
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menyembuh alahan atau alergi 

Thursday, 15 June 2017

Manfaat Mentega

Mentega dapat mengatasi bengkak di telinga dan saluran kencing, mulut dan seluruh bengkak-bengkak. Ia juga bemanfaat untuk hemoptysis yang berpunca daripada paru-paru dan batuk. Malahan, mujarab untuk herpes dan serak.

Wednesday, 14 June 2017

Bawang Merah


Sejak tahun 1923 para ilmuwan mendapati terdapat peneutralan gula dalam darah pada bawang merah.

Bawang merah sudah lama dikenali dalam ilmu perubatan sebagai ubat diabetes. Bawang merah mempunyai kesan menurunkan gula dan lemak dalam darah. Oleh itu, dianjurkan untuk menambahkan bawang merah ke dalam setiap hidangan makanan.

Bawang Putih

Bawang putih sudah dikenal oleh manusia sejak lebih 4000 tahun dahulu. Orang mesir percaya adanya 22 khasiat bawang putih untuk mengubati penyakit. Tidak hairanlah apabila bawang putih ditemui dalam makan Raja Tutankhamun. Dikatakan juga bahawa bawang putih digunakan oleh pekerja pembina piramid untuk meningkatkan stamina dan mencegah penyakit.

Pada masa lalu, Orang Yunani dan Romawi menggunakan bawang putih untuk mengubati penyakit kusta dan asma, serta menghalau kala jengking.


Ada teori yang menyatakan bahawa apabila kita menggunakan 2-3 ulas bawang putih sehari, maka kita akan terhindar daripada kemungkinan berpenyakit jantung. Allicin yang terdapat pada bawang putih diuraikan menjadi sebatian sulfat. Sebatian ini berinteraksi dengan darah merah dan menghasilkan Sulfida Hydrogen yang merenggangkan saluran darah serta membuat darah mudah mengalir. Sebatian ini mengurangkan tekanan darah, memungkinkan darah mengangkut lebih banyak oksigen kepada organ tubuh asas dan mengurangkan tekanan pada jantung


Manfaat Bawang Putih
  1. Mengelakkan risiko darah tinggi dan strok
  2. Mengurangkan risiko kanser
  3. Antibakteria dan antivirus
  4. Antiinflamasi
  5. Mengandungi banyak iodin
  6. Membantu sistem pencernaan
  7. Meningkatkan sistem imunisasi
  8. Mengurangkan kolestrol dalam tubuh

Monday, 5 June 2017

Limau (Utruj)


Sejenis pokok limau yang banyak ranting berduri; mempunyai daun dan buah. Bentuk buahnya hampir bujur seperti betik dan bermuncung.


Kulit
Diletakkan di dalam almari untuk mencegah gegat. Selain itu, kulit limau juga mengharumkan udara, mengharumkan bau mulut, mengeluarkan angin dan bermanfaat untuk percernaan. Penulis al-Qanun, Ibnu Sina berkata bahawa ekstrak kulit utruj bermanfaat untuk mengubati gigitan ular dan apanila dibakar, bermanfaat untuk menyembuhkan vitiligo.

Isi
Berkhasiat untuk menyingkirkan gas dan menyembuhkan wazir

Air Perahan
Berkhasiat untuk mengatasi gangguan hempedu, jantung berdebar, penyakit kuning dan untuk mengatasi muntah.

Biji
Berkhasiat membersihkan racun.


MANFAAT UTRUJ

  1. Air buahnya diminum bagi orang yang perutnya panas. Ia dapat menyejukkan rasa tidak selesa dengan cepat. 
  2. Menimbulkan selera makan dan dapt menahan rasa dahaga
  3. Menghilangkan racun dalam tubuh
  4. Limau dicincang halus dan diletakkan di tempat sengatan untuk merawat mangasa sengatan binatang berbisa
  5. berupaya mnyuburkan badan dan melipatgandakan vitamin di dalam badan.
  6. Menghilangkan rasa hati berdebar dan kesedihan